Tuesday, June 4, 2013

Setelah sekian lama....

Assalamualaikum..
Tiba2 je malam ni terdetik di hatiku nak mengupdate blog yang dah lama terbiar sepi ini. Lama aku memikirkan bagaimana cara nak buat post baru dalam blog ni. nak masuk gambar pun aku dah lupa. Alhamduillah akhirnya ingatanku kembali tapi nak upload gambar masih tak boleh. InsyaAllah lepas ni akan cuba lagi.....

Tuesday, June 7, 2011

Kekwa Pink & Biru Kehijauan















Salam semua. Hari ni nak kongsi set cawan kekwa dari Gopeng ( tq Ezany) yang disuaipadankan dengan teko telur kekwa pink & kuning dari Sandakan. Agak2 padan tak?


















Si teko telur yang comel. Putih bersih dan berkilat ( made in Liling China). Jumpa kat kedai runcit kecil tepi jalan di Sandakan.

















Masa Zany bagi tau tentang cawan ni, masih tak dapat bayangkan macam mana rupa dia. Bila dah sampai terpikat sangat dengan bunga dia yang terang dan porselinnya yang putih berseri (dalam gambar nampak kekuningan hasil biasan lampu dirumahku)
































Dah duduk di rumah pangsa.....

Friday, June 3, 2011

Susunan baru pelitaku






















Salam dan selamat malam semua. Cuti sekolah kali ini aku tak pergi mana2, so ada  masa untuk aku menyusun atur semula pelita2 dan pinggan mangkuk yang dah naik berabuk tu.Walau bagaimanapun hanya pelita2 porselin saja yang dapat tempat baru, pelita2 yang lain masih menunggu rumah baru....















Pelita aladin yang belah kiri dan tengah tu dapat dari Eija. Pelita aladin victorian roses tu pulak dapat dari king of pelita. Kalau ikutkan harganya memang tak termampu kumiliki, nasib baik ada pelita buruk dari kedai apek sebagai tukarannya.Tq abg Baharin...Penambah seri piring victorian roses dari adik Ezany.















Pelita 5 roses dari Eija diapit oleh pelita naga pink dari apeks...














Pelita cawan pemberian dari kak Azah. Pelita gajah dari eija dan pelita bertelinga hasil terjahan di kedai apek.














Pelita2 buatan sendiri hasil idea kawan-kawan yang kreatif...















Si kura-kura yang comel tu dapt dari Eija. Swan2 yang telah di make-upkan tu pulak dari apek juga















Yang mana ori, yang mana ciplak?

















Rumah lama dah diambil alih oleh sebahagian daripada koleksi white & blue ku

wassalam.....

Wednesday, May 4, 2011

Just to up date

 Koleksi Pelitaku Nan Seciput














Salam semua.Hari ni tetiba pulak terpanggil untuk mengupdate blog yang dah lama menyepi ni. Tak taulah kenapa sejak akhir2 ni malas tahap gaban rasanya nak menjenguk blog. Maaf kepada rakan2 yang selalu bertanya khabar. So untuk menandakan blog ini masih wujud, ku persembahkan koleksi pelitaku yang tak sepertinya ini. Layan ajelah ya....
Wassalam




Tuesday, December 21, 2010

Hasil Buruan Terkini















Alhamdulillah akhirnya aku diberi kekuatan untuk mengupdate blog yang dah lama sepi ini. Tak taulah, semenjak dua menjak ni aku malas sangat nak menghadap komputer sampaikan ada rakan2 blogger yang sms untuk bertanya khabar, terima kasih. Seperti biasa rutinku setiap cuti sekolah menemani hubbyku yang bertugas di Sandakan. Dan seperti biasa juga aktivitiku sampingan ku di sana tak lain dan tak bukan menyelongkar kedai2 apek/nyonya . Oleh kerana pinggan mangkuk masih dalam proses pembersihan, aku kongsikan dulu benda2  lain yang aku angkut dari kedai2 lama tu.
Psst: Abaikan tarikh pada gambar(lupa nak set)















Susah sungguh nak dapat pelita lama sekarang ni.Maklumlah peminat pelita lama ni semakin ramai termasuklah aku. Kalau dulu pelita nyonya ni memang aku dah let go tapi sekarang ni aku dah jatuh cinta pulak dengan pelita lama ni. Rasa menyesal pulak let go pelita2 nyonya tu dulu...

 Ini pulak bekas garam dan lada hitam. Aku paling suka pengisar lada hitam  yang diperbuat daripada seramik tu, siap dengan lada hitam yang rasanya dah tak boleh makan. Yang macam tukul hakim tu pulak, apek tu kata dia simpan sejak zaman British lagi. Tak taulah betul ke tak tapi yang penting aku suka sangat dapat benda ni.Bekas garam dan kicap tu pulak aku suka sebab kaca dia tebal dan berat tidak seperti yang ada di pasaran sekarang ni.











Senduk dan garpu salad kayu ni pulak begitu unik bagiku kerana pemegangnya diperbuat daripada seramik. Susah nak dapat sekarang ni.

















Mangkuk tingkat lama ni sebenarnya aku dah beli lama tapi tinggal kat rumah sewa hubby di Sandakan. Beza mangkuk tingkat lama ni dengan yang baru, pemegangnya diperbuat darida kayu asli dan agak berat.

Yang ini paling ku suka, penyembur racun nyamuk lama. Seumur hidupku tak pernah lihat benda ni. Menurut apek tu penyembur ni dah ada sejak dia kecil lagi.Mungkin betul juga sebab pada sprayer tu tertulis" New style sprayer addopted". Maknanya pada masa tu sprayer ni kira canggihlah. Sprayer ni Made in Hong Kong walaupun gambar orang yang sedang menyembur tu ala2 Robin Hood.

Sekian dululah buat kali ni. Mood mengarang pun dah semakin hilang, dah macam menulis esei tentang barang2 lama pulak hehee....Sorrylah ya.
Wassalam....

Thursday, September 30, 2010

Pinggan Mangkuk Lama Pengganti Bunga di Hari Raya

Salam dan selamat sejahtera semua. PMR tak sampai seminggu lagi, debaran semakin terasa tapi kebanyakan pelajarku nampak selamba saja seolah2 diorang dah benar2 bersedia menghadapi peperiksaan tu tapi sebaliknya aku saja yang tahu. Sikap pelajar2 ku tahun ini betul2 membuatkan aku stress. Oleh kerana tak mau termasuk dalam statistik guru yang sakit jiwa di Malaysia aku pun buatlah n3 ni untuk mengurangkan stress. Seminggu sebelum raya aku dah rendam jambangan2 bunga yang berhabuk di rumahku malangnya aku hilang mood untuk menggubah bunga2 tu semula. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menggantikan bunga2 tu dengan susunan pinggan mangkuk lama. Ternyata bunga2 pada pinggan mangkuk lama tu mampu menceriakan suasana. Jom layan...















Sebakul pinggan mangkuk yang bermotifkan bunga mawar..














Peony merah aka teratai layu di tasik madu...














Jug retro bersama anak2nya..































3 tier rack yang dihiasi set2 lama (yg tak lengkap..) yang bermotifkan Bunga kangkung, Victorian rose dan Bunga lawang (iyakah bunga lawang?)































Corak belang ni pun nampak menarik juga. Bunga matahari tu hubby yang letak kang kalau aku alihkan merajuk pulak dia, bior ajelah...

Sekian dulu buat kali ini. Kepada rakan2 blogger sekali lagi diucapkan selamat hari raya aidilfitri, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkenalan maaf zahir dan batin dipinta...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin Daripada Kami Sekeluarga.
Semoga  berbahagia di hari yang mulia ini...
Related Posts with Thumbnails

putera puteriku